Khamis, Mac 12, 2009

Pandangan Lelaki Terhadap Wanita

Allah telah menjadikan setiap kejadian itu berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, rajin pasangannya malas, tidur pasangannya jaga dan lelaki pasangannya perempuan. Disebabkan perempuan pasangannya lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan nafsu. Ia ada pula perkaitannya dengan bisikan syaitan. Jadi, untuk mengawal nafsu mestilah dikawal dengan iman.

Tetapi, untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah ALLAH dan RASUL serta menjauhi segala kemungkaran.



Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa ek?? saya pasti anda juga tahu maksudnya. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Jadi, mata lelaki ni selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita. Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu. Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu dah ditutup, maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya dengan tidak memakai tudung yang telus cahaya lebih-lebih lagi warna putih dan jarang. Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudung. Setelah itu, mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya. Kemudian, mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu untuk membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki ni seterusnya akan melihat bentuk pehanya. Maka, janganlah sesekali wanita ini memakai kain atau seluar yang agak ketat hingga nampak bentuk pehanya.

Mata lelaki ini akan turun lagi, melihat kepada kaki perempuan. Oleh itu, wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnanya tidak sama dengan warna kulit kita. Tolonglah..agar mata-mata lelaki ni tak berdosa. Sesudah tu, mata lelaki ni akan kembali semula ke atas. Menengok pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki. Maka, tolonglah wahai muslimah sekalian, labuhkanlah tudung kita menutupi bentuk tangan kita.Tak pun, pakailah sarung lengan yang ada sekarang ini lebih afdhal..kat mydin banyak jual, murah pulak tu!!..

Wahai sahabat, (pesanan untuk diri sendiri dan sesiapa yang bernama lelaki) janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu nak meminangnya. Dan kalau wanita tu sangat solehah, takut muka yang cantik tu akan menimbulkan fitnah..maka berpurdahlah jika itu lebih baik buat kamu. Tetapi, mata lelaki ni ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki ni akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang atau warna-warni. Oleh itu, wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat, kalau nak pakai pun pakailah untuk suami kat rumah. Lebih selamat.

Satu perumpamaan yang cukup mudah, Kucing lebih tertarik kepada ikan yang terdedah berbanding dengan ikan yang terdapat dibawah dibawah tudung saji walaupun ikan tersebut lebih besar dan enak rasanya, satu lagi, barang yang tersimpan dalam almari kaca lebih mahal harganya berbanding dengan barangan yang terdedah dan berlonggok.

Wahai sahabiah sekalian, semua saya sebut tadi berkenaan dengan mata lelaki. Bila dah tutup aurat tu jangan pulak ingat tugas kita dah selesai. Kenalah pula kita menjaga kehormatan diri kita. Jangan keluar seorang diri. Keluarlah dengan mahram. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah tu dah menutup aurat. Insya Allah selamat duniawi dan ukhrawi.

Ingatlah, apa yang ada pada seorang wanita tu tiada pada lelaki. Itulah istimewanya wanita, maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan saja itu semua kepada yang halal iaitu untuk suami kita. Ingatlah, hukum Allah tu adalah untuk kebaikan kita jua. Tiada ruginya pada Allah tapi amat malang jika kita melanggarnya. Dan pada kaum lelaki, mata kamu tu wajib untuk tidak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat sangat oleh Allah dan Rasul.

Sesungguhnya pandangan antara lelaki dan wanita yang ajnabi adalah salah satu daripada panahan syaitan. Ingat, wanita dijadikan dari rusuk lelaki, bukan dari kepala sebagai atasnya dan bukan dari kaki sebagai alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dididik dan dikasihi.

Berkorban kerana Allah membuatkan kita tak terasa kehilangan harga diri malah mendapat ketenangan dan kebahagiaan hakiki.

Selasa, Mac 10, 2009

Seminar PPSMI

Sesiapa yang berkenaan


Dato'/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari


Jemputan Menghadiri Seminar Halatuju Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa pihak kami akan mengadakan program Seminar Halatuju Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Butiran lanjut adalah berikut :

Tarikh : 14 Mac 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 Pagi Hingga 5.00 Petang
Tempat : Auditorium Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

3. Sehubungan itu, kami ingin menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk sama-sama menyertai seminar ini untuk membolehkan perbincangan dilakukan dalam ruang lingkup yang lebih luas dan percambahan idea yang lebih baik. Bersama-sama ini juga disertakan tentatif program untuk rujukan lanjut pihak tuan/puan. Yuran penyertaan seminar adalah RM30 (Dewasa) dan RM15 (Pelajar).

4. Jika terdapat apa-apa permasalahan atau kemusykilan, pihak tuan/puan boleh menghubungi wakil kami Hazwani (013-3684906), Razali (019-6442868), dan Hakim (0132829225). Bayaran boleh dibuat ke Akaun JARINGAN Siswazah Malaysia akaun Bank Muamalat 12070004901710 atau Akaun Maybank atas nama JASA PESMADA 562834500793. Sila maklumkan kepada unit pendaftaran jika telah memasukkan duit.

Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.



Tentatif

8.30 pagi - Ketibaan hadirin
8.45 pagi - Ketibaan VIP
9.00 pagi - Ucapan Aluan
Oleh : Dr Tajul Ariffin Noordin
9.30 pagi - Pembentangan 1
” Sejarah Dan Semantik Bahasa ”
Oleh : Prof Dr Awang Sariyan
10.00 pagi - Pembentangan 2
” Dasar PPSMI Dari Sudut Undang-Undang Dan Perlembagaan ”
Oleh : Prof Dr Abdul Aziz Bari
10.30 pagi - Minum Pagi
10.50 pagi - Pembentangan 3
” Implimentasi Bahasa Dalam Sains Dan Teknologi ”
Oleh : Prof Dr Shahrir Mohd Zain
11.20 pagi - Sesi Soal Jawab
12.30 tgh - Solat Zohor dan Makan Tengahari
2.15 petang - Pembentangan 4
” Benarkah PPSMI Memartabatkan Pendidikan Negara ”
Oleh : Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail
2.45 petang - Pembentangan 5
” Mengapa Kami Bantah PPSMI ”
Oleh : Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan
3.15 petang - Pembentangan 6
” Relevenkah Dasar PPSMI ”
Oleh : Datuk Dr Hassan Ahmad
3.45 petang - Sesi Soal Jawab
4.30 petang - Persembahan multimedia
4.40 petang - Penyampaian Hadiah
5.00 petang - Bersurai

mo le wei kito pakat ke sano.poie ramai-ramai

Isnin, Mac 09, 2009

Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w).


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.