Sabtu, Ogos 29, 2009

Antara Sabar Dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Ahad, April 05, 2009

Malam Pertama

Apabila menyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada tara! Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu, beradu serta berpadu zahir dan batin. Malam penuh bahagia!

Terus-terang, sebagai seorang anak muda di usia 22 tahun kini yang masih bujang, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialah malam tersebut pastinya merupakan satu malam yang segalanya adalah menyeronokkan, indah-indah, asyik-asyik dan nikmat-nikmat belaka!

Tetapi, pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lain yang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan?

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Pernahkah engkau melihat kuburan? Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan? Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat? Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur? Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

" Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Khamis, Mac 12, 2009

Pandangan Lelaki Terhadap Wanita

Allah telah menjadikan setiap kejadian itu berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, rajin pasangannya malas, tidur pasangannya jaga dan lelaki pasangannya perempuan. Disebabkan perempuan pasangannya lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan nafsu. Ia ada pula perkaitannya dengan bisikan syaitan. Jadi, untuk mengawal nafsu mestilah dikawal dengan iman.

Tetapi, untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah ALLAH dan RASUL serta menjauhi segala kemungkaran.



Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa ek?? saya pasti anda juga tahu maksudnya. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Jadi, mata lelaki ni selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita. Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu. Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu dah ditutup, maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya dengan tidak memakai tudung yang telus cahaya lebih-lebih lagi warna putih dan jarang. Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk payudaranya, sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudung. Setelah itu, mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya. Kemudian, mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu untuk membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki ni seterusnya akan melihat bentuk pehanya. Maka, janganlah sesekali wanita ini memakai kain atau seluar yang agak ketat hingga nampak bentuk pehanya.

Mata lelaki ini akan turun lagi, melihat kepada kaki perempuan. Oleh itu, wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnanya tidak sama dengan warna kulit kita. Tolonglah..agar mata-mata lelaki ni tak berdosa. Sesudah tu, mata lelaki ni akan kembali semula ke atas. Menengok pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki. Maka, tolonglah wahai muslimah sekalian, labuhkanlah tudung kita menutupi bentuk tangan kita.Tak pun, pakailah sarung lengan yang ada sekarang ini lebih afdhal..kat mydin banyak jual, murah pulak tu!!..

Wahai sahabat, (pesanan untuk diri sendiri dan sesiapa yang bernama lelaki) janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu nak meminangnya. Dan kalau wanita tu sangat solehah, takut muka yang cantik tu akan menimbulkan fitnah..maka berpurdahlah jika itu lebih baik buat kamu. Tetapi, mata lelaki ni ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki ni akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang atau warna-warni. Oleh itu, wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat, kalau nak pakai pun pakailah untuk suami kat rumah. Lebih selamat.

Satu perumpamaan yang cukup mudah, Kucing lebih tertarik kepada ikan yang terdedah berbanding dengan ikan yang terdapat dibawah dibawah tudung saji walaupun ikan tersebut lebih besar dan enak rasanya, satu lagi, barang yang tersimpan dalam almari kaca lebih mahal harganya berbanding dengan barangan yang terdedah dan berlonggok.

Wahai sahabiah sekalian, semua saya sebut tadi berkenaan dengan mata lelaki. Bila dah tutup aurat tu jangan pulak ingat tugas kita dah selesai. Kenalah pula kita menjaga kehormatan diri kita. Jangan keluar seorang diri. Keluarlah dengan mahram. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah tu dah menutup aurat. Insya Allah selamat duniawi dan ukhrawi.

Ingatlah, apa yang ada pada seorang wanita tu tiada pada lelaki. Itulah istimewanya wanita, maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan saja itu semua kepada yang halal iaitu untuk suami kita. Ingatlah, hukum Allah tu adalah untuk kebaikan kita jua. Tiada ruginya pada Allah tapi amat malang jika kita melanggarnya. Dan pada kaum lelaki, mata kamu tu wajib untuk tidak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat sangat oleh Allah dan Rasul.

Sesungguhnya pandangan antara lelaki dan wanita yang ajnabi adalah salah satu daripada panahan syaitan. Ingat, wanita dijadikan dari rusuk lelaki, bukan dari kepala sebagai atasnya dan bukan dari kaki sebagai alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dididik dan dikasihi.

Berkorban kerana Allah membuatkan kita tak terasa kehilangan harga diri malah mendapat ketenangan dan kebahagiaan hakiki.

Selasa, Mac 10, 2009

Seminar PPSMI

Sesiapa yang berkenaan


Dato'/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari


Jemputan Menghadiri Seminar Halatuju Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa pihak kami akan mengadakan program Seminar Halatuju Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Butiran lanjut adalah berikut :

Tarikh : 14 Mac 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 Pagi Hingga 5.00 Petang
Tempat : Auditorium Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

3. Sehubungan itu, kami ingin menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk sama-sama menyertai seminar ini untuk membolehkan perbincangan dilakukan dalam ruang lingkup yang lebih luas dan percambahan idea yang lebih baik. Bersama-sama ini juga disertakan tentatif program untuk rujukan lanjut pihak tuan/puan. Yuran penyertaan seminar adalah RM30 (Dewasa) dan RM15 (Pelajar).

4. Jika terdapat apa-apa permasalahan atau kemusykilan, pihak tuan/puan boleh menghubungi wakil kami Hazwani (013-3684906), Razali (019-6442868), dan Hakim (0132829225). Bayaran boleh dibuat ke Akaun JARINGAN Siswazah Malaysia akaun Bank Muamalat 12070004901710 atau Akaun Maybank atas nama JASA PESMADA 562834500793. Sila maklumkan kepada unit pendaftaran jika telah memasukkan duit.

Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.



Tentatif

8.30 pagi - Ketibaan hadirin
8.45 pagi - Ketibaan VIP
9.00 pagi - Ucapan Aluan
Oleh : Dr Tajul Ariffin Noordin
9.30 pagi - Pembentangan 1
” Sejarah Dan Semantik Bahasa ”
Oleh : Prof Dr Awang Sariyan
10.00 pagi - Pembentangan 2
” Dasar PPSMI Dari Sudut Undang-Undang Dan Perlembagaan ”
Oleh : Prof Dr Abdul Aziz Bari
10.30 pagi - Minum Pagi
10.50 pagi - Pembentangan 3
” Implimentasi Bahasa Dalam Sains Dan Teknologi ”
Oleh : Prof Dr Shahrir Mohd Zain
11.20 pagi - Sesi Soal Jawab
12.30 tgh - Solat Zohor dan Makan Tengahari
2.15 petang - Pembentangan 4
” Benarkah PPSMI Memartabatkan Pendidikan Negara ”
Oleh : Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail
2.45 petang - Pembentangan 5
” Mengapa Kami Bantah PPSMI ”
Oleh : Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan
3.15 petang - Pembentangan 6
” Relevenkah Dasar PPSMI ”
Oleh : Datuk Dr Hassan Ahmad
3.45 petang - Sesi Soal Jawab
4.30 petang - Persembahan multimedia
4.40 petang - Penyampaian Hadiah
5.00 petang - Bersurai

mo le wei kito pakat ke sano.poie ramai-ramai

Isnin, Mac 09, 2009

Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w).


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Selasa, Februari 24, 2009

Minggu Intergriti Pelajar 2009

Buat kedua kalinya Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP),USIM menganjurkan MINGGU INTERGRITI PELAJAR 2009 peringkat Universiti Sains Islam Malaysia. bertitik tolak dari sambutan yang menggalakkan dari semua Jabatan/Unit/Bahagian/Fakulti/Kolej-kolej Kediaman dan semua Mahasiswa/wi USIM yang diterima oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar pada tahun 2008, maka sekali lagi Unit Perhubungan Pelajar (HEP) menganjurkan Minggu Intergriti Pelajar dengan Kerjasama semua Jabatan/Unit/Bahagian/Fakulti/Kolej-kolej Kediaman pada 23 Feb hingga 1 Mac 2009. Manakala Majlis Perasmiannya oleh Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor Hj Husin, Naib Canselor USIM pada 25 Feb 09 (Rabu) jam 2.30 petang bertempat di Dewan Kuliah Pusat (DKP 3). dijemput semua warga USIM untuk hadir bagi memeriahkannya. mari la wei kito pakak jadi pelajar ye berintergriti. tok ruginyo jadi pelajar berintergriti nih.

Khamis, Februari 19, 2009

Sebab Hatimu Tidak Tenang...

Dan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Baru-baru ini, hati ini dilanda perasaan bergolak, gundah gulana, kata orang kelantan "tok sedak dudok", semua benda yang dibuat tak kena. maka aku pun meminta pandangan dan nasihat dari Ustaz Yuseri,(Pensyarah FKP merangkap Mentorku bagi program Mentor-mentee) beliau menasihati dan mengajarku beberapa doa serta selawat yang amat bagus sekali untuk diamalkan dikala hati dilanda kegelisahan. Kenapakah kita sering dilanda kegelisahan? melalui pembacaan dan nasiahat ustaz Yuseri dapatlah ku rungkaikan beberapa perkara mazmumah utama yang mlenyapkan ketenangan hati……

1. PEMARAH
Paling mudah dikesan dan dilihat dalam diri mnusia. orang seperti ini jarang mendapat kawan. siapa nak dekat kalau asyik marah je,senyum lah sikit,
Sesungguhnya senyuman itu sedekah.

2. PENDENDAM
Sangat tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dada. Pendendam selalu mencari peluang untuk balas dendam hatta secara kecil-kecil sakalipun.

3. HASAD DENGKI
Amalan kita hangus akibat hasad dengki kerana ia sifat syaitan.tak elok dengki mendengki ni…

4. BAKHIL
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, pangkat, kesenangan dan lain-lain darinya. Tak elok macam tu kawan. Rezeki yang dianugerah ALLAH elok dikongsi bersama

5. TAMAK
Orang yang tak puas dengan yang sedikit nescaya tak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air di laut…walau berapa banyak diminum,tak akan habis jugak.

6. TIDAK SABAR
Andai perkara kecil pun tak boleh nak sabar apatah lagi hal yang besar.sabar itu separuh dari bukti iman

7. EGO
Orang yang memiliki sifat ini pantang dicabar.semua orang ada egonya.Cuma bezanya tahap tinggi atau rendah ego tersebut.

8. RIAK
Terseksa sendiri kerana tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakon baik di depan orang. Maklumlah nak orang tengok kita buat baik.


‘Alaa kulli haal..sama-samalah kita mujahadah untuk jauhi sifat-sifat ini. sama-samalah kita ingat mengingati, andai kita terleka dengan DUNIA….nescaya buruklah padahnya. Na’uzu billah min zaalikk..
Wallahua'lam

Ahad, Februari 15, 2009

Aduss letih tol.


Hari ini, bila aku bangun pagi teras sangat letih, rasa malas je nak bangun untuk solat subuh, bukan ape, sebab semalam penat main kayak n rowing kat Kelab Tasik Putrajaya. Almaklum la, dah lama tak turun training, nak kayuh rowing pom dah terkial-kial, rase malu plak kt junior. dah la rowing terkila-kial, ada hati nak naik single scull, nak dijadikan cerita, masa tengah terkial-kial duk mendayung tu(sambil mengelak dari berlanggar dengan pelajar2 Sek Men.USJ 8, yang bermain kayak), maka terjadilah suatu peristiwa yang cukup memalukan, yang tak pernah terjadi selama hampir 2 tahun duk main kayak n rowing. single scull yang aku naiki terbalik sebab aku ter'angkat' pendayung. menurut kata haikal yang memerhatiku dari daratan, scull tu terbalik cukup cantik, perlahan-lahan katanya, habis basah kuyup baju n seluar, dah la tak bawa persalinan. Terpaksa la menahan kesejukkan dalam bas. Balik dari Putrajaya,(sampai kat hostel hampir kul 7 malam) tergesa-gesa nak kena pergi kampus, sebab dapat mesej ada meeting Minggu Intergriti Pelajar 09 pada jam 8 malam. terpaksa la batalkan niat untuk menyaksikan Pertandingan Debat Akhir kat DKP3. Rupa-rupanya aku tertipu dan turut menipu.ntah sape yang mulakan hantar mesej suruh pergi tengok pertandingan debat akhir,kalau bagitau awal-awal aku tak kisah, memang niat nak g tengok debat pom.ni tipu macam tu, ni yang rasa geram. tp takpe lah, perkara dah lepas. berbalik kepada Pertandingan Akhir Debat kategori Bahasa Melayu menyaksikan pasukan yang mantap iaitu FSU A bertemu dengan Tamhidi B. Aku mendapat tahu bahawa Najmi Ahmad(bekas pelajar Rahmniah) juga dapat memasukki suku akhir Debat kategori B.Arab.tapi aku x sempat jumpa dia, dia dah balik pandan pada petang tu lagi.

Khamis, Februari 12, 2009

Kembali Aktif

Allhamdulillah. diriku masih lagi diberikan kesempatan oleh Rabbul jalil untuk menyedut udara-Nya, menikmati segala nikmatnya,dan yang palig utama sekali, masih lagi diberi nikmat Iman, Islam dan nikmat untuk melakukan Amal. sudah lama diriku tidak menjenguk blog ini, oleh kerana kekangan masa, dan dihayuti buaian angan-angan dimasa senggang sehinggakan lupa akan tanggungjawab yang telah diberikan oleh akhi Abdul Hadi dan aku menyanggupinya oleh kerana pada masa tu masih lagi tidak berapa sibuk. Bermulanya semester baru, maka aku dikejar oleh beberapa amanah dan perkara yang perlu dilaksanakan, maka terlupalah akan blog ini sehinggakan beberapa minggu yang lepas seorang sahabat bertanya "salmi, mu x update ke blog rahmaniah?". aku cukup berterima kasih kepada sahabat tersebut diatas peringatannya. InsyaAllah, bermula hari ini, blog ini akanku isi dengan sesuatu yabg baru dan bermanfaat untuk semua.

Sabtu, Disember 06, 2008

Menggemparkan

Kira-kira jam 4 pagi tadi, ketika mana rakyat malaysia diulit mimpi, 1 bencana alam telah menggemparkan penduduk sekitar Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. tanah runtuh itu telah meranapkan berpuluh-puluh Bungalow mewah yg berada beberapa kilometer dengan Hinglands Tower yg runtuh kira-kira 15 tahun yg lampau.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan tiga terkorban manakala enam lagi mangsa masih hilang akibat tertimbus di kawasan runtuhan banglo di Bukit Antarabangsa, di sini.

Beliau berkata, dua lagi mangsa masih terperangkap dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengeluarkan mereka.

Bercakap kepada pemberita di sini, Musa berkata, setakat ini 93 mangsa sudah diselamatkan manakala lebih 2,000 penghuni di perumahan berhampiran sudah dikeluarkan dari tempat kejadian
(sumber:Berita Harian Online)

Tragedi kali ini walaupun tidak mengorbankan banyak nyawa, tp ianya boleh dikatakan menyayatkan hati ketika mana umat islam sedang membuat persiapan untuk Hari Raya AidilAdha yg akan tiba x brapa lama lg.begitu juga dengan mereka yg masih lg berada di penempatan sementara mangsa banjir. sebagai saudara seagama, kita sepatutnya merasa simpati dan menganggap ini sebagai ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan kita terhadap-NYA.

Takziah kepada semua mangsa yg terlibat. PAStinya ada hikmah disebalik apa yg berlaku.Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia.