Sabtu, Disember 06, 2008

Menggemparkan

Kira-kira jam 4 pagi tadi, ketika mana rakyat malaysia diulit mimpi, 1 bencana alam telah menggemparkan penduduk sekitar Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. tanah runtuh itu telah meranapkan berpuluh-puluh Bungalow mewah yg berada beberapa kilometer dengan Hinglands Tower yg runtuh kira-kira 15 tahun yg lampau.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan tiga terkorban manakala enam lagi mangsa masih hilang akibat tertimbus di kawasan runtuhan banglo di Bukit Antarabangsa, di sini.

Beliau berkata, dua lagi mangsa masih terperangkap dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengeluarkan mereka.

Bercakap kepada pemberita di sini, Musa berkata, setakat ini 93 mangsa sudah diselamatkan manakala lebih 2,000 penghuni di perumahan berhampiran sudah dikeluarkan dari tempat kejadian
(sumber:Berita Harian Online)

Tragedi kali ini walaupun tidak mengorbankan banyak nyawa, tp ianya boleh dikatakan menyayatkan hati ketika mana umat islam sedang membuat persiapan untuk Hari Raya AidilAdha yg akan tiba x brapa lama lg.begitu juga dengan mereka yg masih lg berada di penempatan sementara mangsa banjir. sebagai saudara seagama, kita sepatutnya merasa simpati dan menganggap ini sebagai ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan kita terhadap-NYA.

Takziah kepada semua mangsa yg terlibat. PAStinya ada hikmah disebalik apa yg berlaku.Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia.

Selasa, Disember 02, 2008

C-Fest ke enam USIM 2008

C-Fest ke enam USIM akan berlangsung pada hujung bulan disember nanti. bermula dengan Majlis Konvokesyen ke 6 USIM pada 20/12/2008 bertempat di PICC, Putrajaya dan pestanya di kampus USIM pada 24-31 Disember 2008. untuk maklumat lanjut sila layari blog rasmi c-fest 6 iaitu http://cfestenamusim.blogspot.com/. kepada warga kerja c-fest 6 yg masih lagi berkampung di USIM untuk menjalankan kerja2 yg masih lagi tertangguh, kerja kuat2 sikit sahabat2 oi. kepada pelajar USIM, jangan lupa meriahkan C-Fest 6 nanti.Banyak aktiviti menarik menanti anda.

Khamis, November 27, 2008

Perasmian Kampus USIM


Pada 25/12/2008 yg lepas, terasmi sudah kampus tetap USIM yg terletak di Bandar Baru Nilai, perasmian ini disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yg kelima.Terima Kasih buat Pak Lah dan tahniah buat warga USIM. Semoga dengan perasmian tersebut menaikkan lagi semangat seluruh warga USIM, bermula dengan Lembaga Pengurusan Universiti dan Majlis Pegurusan Tertinggi Universiti untuk merancang dan menjana visi dan misi USIM kearah yg lebih baik, kakitangan pentadbiran dan akedemik mengurus dan memacu agar tercapai objektif serta visi dan misi USIM dan para pelajar sebagai hasil atau produk USIM yang mantap dari segi ilmu Aqli dan Naqli serta syakhsiyyahnya.

Isnin, November 17, 2008

Perpustakaan

Bismillahirrahmanirahim...

Sy pasti pengunjung sekalian akan tertanya-tanya kenapa posting yg pertama sy bermula dengan tajuk perpustakaan. sy ada melayari laman web rasmi USIM, hajatnya nk cari maklumat kat pangkalan atas talian atau bahasa famousnya Online, sempat la tengok maklumat terkini pasal Library USIM, Alhamdulillah, Perpustakaan yng ditunggu-tunggu oleh kesemua warga usim telah siap dan akan mula beroperasi sepenuhnya pada pertengahan disember 2008, untuk maklumat lebih lanjut layari laman web http://www.usim.edu.my/lib.Bukan niat sy nak promote library USIM, tp nak ajak kita semua renung kembali ayat yg pertama turun kepada Nabi Muhammad iaitu Iqra'(surah al-Alaq, ayat 1-5). Awal suruhan kepada kita ialah Bacalah, x kiralah dimana sahaja kita berada, berapapun usia kita, jenis apakah bahan bacaan tersebut, BACALAH, moga-moga ianya dapat menambahkan lagi pengetahuan kita. jika ianya tiada kaitan dengan bidang kita sekalipun, tp ianya adalah ilmu Allah. takde ruginya kalau kita baca walaupun ianya sekadar artikel, apatah lagi jika sekiranya ianya buku, kitab jurnal dan sebagainya. Biasanya perpustakaan dikaitkan tempat membaca, tempat meminjam buku, tempat perbincangan dan sebagainya. kadang-kadang library juga disalahgunakan sebagai tempat berdating, fenomena ini berlaku dihampir semua library. sy x salahkan mereka, tp kita kenalah renung kembali tujuan kita ke perpustakaan.
Akhirnya sy nak meyeru kepada diri sy sendiri dan anda sekalian, bermula saat ini marilah kita islahkan diri kita, dengan mula membaca, kalau tak sanggup baca buku2 yg tebal, bacalah artikel2. kepada student USIM, buka sem baru nanti rajin-rajinkanlah ke perpustakaan baru, walaupun ianya jauh, InsyaAllah setiap langkah anda untuk mencari ilmu akan diberikan ganjaran. Ingatlah majunya sesuatu bangsa itu dengan ILMU.

Sabtu, November 15, 2008

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum. Semua artikel dan berita yg akan disiarkan dalam blog ini adalah sumbangan dan idea bekas pelajar Rahmaniah yg sekarang ni menuntut di USIM tahun 2 08/09.sebarang komentar hubungi penulis di sallimna_msm967@yaho.co.uk.